Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI)
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Baladian Di Sini!!!

Join the forum, it's quick and easy

Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI)
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Baladian Di Sini!!!
Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Gallery


PERSEDIAAN DAN CABARAN SEORANG NAQIB Empty
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Salam ukhuwah fillah
by adeq Tue Dec 18, 2012 10:03 am

» borak blogspot..
by abdullah zubair Sat Sep 08, 2012 2:16 am

» Salam Ta'aruf
by remaja sufi Thu Sep 06, 2012 11:05 pm

» Avacs Live Chat
by not Mon Jun 11, 2012 9:29 pm

» KERANA CINTA...AKU TOLAK MAULID!
by mada crew Fri Feb 18, 2011 3:52 am

» apakah hukum mempelajari bahasa arab??
by mada crew Fri Feb 18, 2011 3:14 am

» أشهد أن محمدا عبد الله ورسوله.
by mada crew Thu Feb 17, 2011 5:19 am

» MARI MENGENAL SAHABAT SAHABAT RASULULLAH ALAIHISSALAM.
by mada crew Wed Dec 22, 2010 7:24 pm

Affiliates

PERSEDIAAN DAN CABARAN SEORANG NAQIB

Go down

PERSEDIAAN DAN CABARAN SEORANG NAQIB Empty PERSEDIAAN DAN CABARAN SEORANG NAQIB

Post by fairuzniza Tue Jan 08, 2008 3:56 am

1. DEFINISI NAQIB

• Kepimpinan menurut bahasa arab merujuk kepada Mu’jam Al-Wasit, Naqib merupakan orang besar dalam sesuatu kaum dan yang mengambil berat tentang hal ehwal mereka.

• Sementara menurut kamus al-Mukhit naqib adalah penguasa seuatu kaum, penjamin mereka dan orang yang memperkenalkan sesuatu kepada mereka.

• Naqib ialah seorang yang diamanahkan untuk memimpin sesuatu kumpulan usrah dalam jama’ah.

• Kalimah naqib di dalam al-Quran:
Firman Allah s.w.t,

Bermaksud: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian anak-anak Israel dan kami angkat daripada mereka itu, 12 orang naqib (ketua)…(.al-Maidah:12)

Rasulullah s.a.w. menghantar Mus’ab Bin Umair selaku naqib yang mengetuai ahli rombongan Bai’ah Aqabah yang pertama seramai 12 orang lelaki untuk kembali ke Madinah untuk menjalankan usaha dakwah, memperdengarkan kepada mereka bacaan ayat-ayat al-Quran, memberi pengajaran tentang Islam dan kefahaman tentang agama. Beliau digelar Muqri’ al-Madinah.

2.CIRI-CIRI NUQABA’


1. Menghargai masa

Naqib yang menghargai masa menganggap masa itu emas. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti suatu kerugian pada dirinya dan pada jama’ah kerana masa yang berlalu tidak akan kembali. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap naqib bagaimana dia merancangkan masanya.

2. Tekun Menjalankan amanah

Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada jama’ah dan naqib itu sendiri.Bila kita sebut ketekunan yang tergambar dalam ingatan kita ialah semut. Serangga yang kecil ini tidak kenal penat lelah apabila melakukan sesuatu seperti membina sarang ataupun membawa makanan untuk kumpulannya. Biasanya sang semut akan memikul benda-benda yang berpuluh-puluh kali lebih berat daripada dirinya. Namun begitu, kegigihan, kesabaran, dan kekuatan hatinya tidak akan padam sehingga selesai kerja atau matlamatnya tercapai

3. Merasa seronok bekerja

Kerja ialah satu beban yang perlu dilakukan untuk melihat Jama’ah terus hidup. Antara kerja
Jama’ah ialah usrah. Usrah bukanlah suatu yang ringan, malah bagi seetengah orang ia adalah sesuatu yang membebankan. Namun begitu, jika kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan, misalnya dengan menganggap kerja kita itu sebagai ibadah atau anggapkan kerja itu sebagai cabaran yang memerlukan bukan sahaja daya usaha, malah pemikiran dan kreativiti.

4. Kesederhanaan dan bertugas menurut keupayaan

Kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan, kesederhanaan menimbulkan keadaan
yang bersih, kemas, ceria, selesa, harmoni dan tersusun. Dengan kesederhanaan kita akan dapat bergerak mengikut keupayaan.

5. Lisan al-hal yang baik atau ketinggian peribadi

Lisan al-hal ialah bahasa gambaran personality seseorang. Peribadi naqib ialah ‘the total personality’. Wataknya, sikapnya, perilakunya, dan gaya dia membawa diri dalam pergaulan sesama manusia, baik di rumahnya sendiri, di dalam organisasinya, atau lain-lain. Pekerti yang penuh adab dan sopan santun turut mewarnakan peribadi naqib. Dari sifat dalaman pula ia perlu tenng, bersikap belas kasihan tetapi tegas, beramah mesra, kuat disiplin diri dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain. Ketinggian peribadinya akan dilihat sebagai contoh seeorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Kata Imam al-Ghazali: “Buruk laku itu menambahkan buruk amalan, sebagaimana cuka merosakkan madu”.


6. Mudah dan senang didekati

Anak usrah akan merasa senang dan selesa mendekati naqib yang baik hati. Dia tidak akan
merasa gentar takut atau resah apabila berama-sama dengan naqibnya

7. Menyedari amal islami satu tanggungjawab

Amal islami adalah satu tanggungjawabyang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t ke atas setiap
makhluk manusia, tinggal lagi mereka mengingkarinya atau tidak. Kalau begitu kesedaran kita, mengapa tidak dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati 4 kriteria tadi, maka hasilnya tidak berguna, membazirdan seterusnya mendatangkan kerugian dari segala segi. Oleh yang demikian, sesuatu Amal Islami itu memerlukan penguruan yang baik supaya ianya dapat dikendalikan secara berkesan.

8. Sabar

Sabar ialah sifat yang dipuji. Orang yang sabar menrima segala cabaran dengan tenang,
memikirkannya dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputu asa. Semangat ketabahan yang ada pada seseorang yang sabar itu, menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai. Ia sebenarnya mempunyai wawasan yang jelas dan hanya mengatur langkah-langkah yang sesuai untuk mencapai wawasan itu, kelakuan gopoh-gapah tidak membawa apa-apa keuntungan, malah akan mengusutkan keadaan hingga segala keadaan menjadi kucar-kacir dan rumit.

9. Mempertingkatkan bakat dan berkongsi kebolehan

Semua manusia mempunyai bakat.Cuma lebih atau sedikitnya berbeza di antara satu sama lain .
Kalau bakat dalam bidang lain ditonjolkan, mengapa tidak dalam menyusun atur manusia? Bakat ialah sifat yang mendorong ke arah penciptaan, inovasi, dan penyelesaian masalah yang rumit. Hal yang demikian cukup penting dalam usrah. Bakat yang baik itu mengapa tidak pula dikongsi oleh orang lain?


PERANAN NUQABA’


1. Naqib sebagai pemudahcara(fasilitator)
 Berusaha mencungkil setiap bakat dan kebolehan anggota
 Berusaha mengatasi masalah kekurangan ilmu-ilmu asasi serta ilmu-ilmu keperluan yang wujud di kalangan anggota

2. Naqib sebagai kaunselor.
 Bersedia mendengar masalah yang diceritakan oleh anak usrah
 Berusaha menyelesaikan masalah anak usrah dengan jalan yang terbaik

3. Naqib sebagai penghubung antara anggota dengan kepimpinan

4. Naqib sebagai rakan seperjuangan

CABARAN NUQABA’

1. Kekangan masa

 Masa mengurus diri
 Masa untuk study
 Masa berpersatuan

2. Ta’adud Jama’ah

 Masalah perebutan ahli
 Kecelaruan Fikrah

3. Pihak pentadbiran

 Penyekatan terhadap gerak kerja
 Penindasan ke atas mahasiswa yang bergiat aktif

4. Pembawakan/pendekatan yang tidak lagi berkesan/ memenuhi citarasa mad’u/ahli usrah

 Usrah kurang pengisian
 Sikap terlalu memaksa anak usrah
 Usrah hanya difahami oleh anak usrah sebagai pertemuan biasa yang tidak begitu penting dalam kehidupan mereka.

fairuzniza
Sahabat Baru BALADI
Sahabat Baru BALADI

Number of posts : 7
Points : 0
Reputation : 0
Registration date : 07/01/2008

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum